Bermula ibu Khadijah Sidek
Mungkin ramai yang tidak mengenali ibu Khadijah Sidek kerana namanya tidak disensasikan seperti yang lain. Ibu Khadijah Sidek dilahirkan pada 15 Disember 1918 di Pariman, Sumatra Barat Indonesia. Ibu memulakan alam persekolahan di HIS (Hollands Inlandsche School) dan menamatkan pengajian pada 1931 sebelum menyambungkan pengajiannya di M.U.L.O dan terpilih ke Menengah Tinggi (Jurusan Kedoktoran). Malangnya beliau terpecat bersama 30 orang rakan-rakannya kerana kegiatan politik dalam Persatuan Pelajar (IM) Indonesia Muda dalam (KBI) Kepanduan Bangsa Indonesia.
Pada 1933, beliau mendapat no 1 daripada 500 pelajar dalam peperiksaan Sekolah Normal Perempuan dan mendapat biasisiwa pemerintah. Pada 1936, beliau dilantik menjadi kepala sekolah Landschap di Kerajaan Langkat, Sumatera Timur serta lulus di dalam ujian akhir. Beliau kemudian terpilih memasuki Latihan Sekolah Guru Tinggi Jepun (Jokyu Sihan Gakoo) dan ditempatkan mengajar di Sekolah Nipon Indonesia disamping menjadi :-
a. Ketua Penerangan Kaum Ibu (Haha No Kai).
b. Ketua Pengerakan Pemudi (Josi Seinandan)
c. Ketua KBI (Kepanduan Bangsa Indonesia)
d. Ketua Palang Merah bahagian Wanita
Ibu di Singapura
Ibu Khadijah Sidek menjadi yang dipertua (HIMWIM) Himpunan Wanita Indonesia Malaya pada 1947 di Singapura.
Ibu di Malaya
Ibu bertemu jodoh di Johor pada tahun 1948 bersama Dr. Hamzah Bin Hj Taib. Semasa beliau hamil anak sulong selama 3 bulan, beliau telah ditahan dan dipenjarakan selama 2 tahun di Singapura diatas tuduhan cuba menjatuhkan kerajaan British. Beliau telah melahirkan anak yang pertama didalam penjara tersebut.
Di Buang Negeri
Setelah menjalani hukuman penjara yang tanpa bicara, beliau telah diarahkan untuk mendapat hukuman buang negeri ke Johor Bharu bagi tempoh 10 tahun dan tidak dibenarkan memasuki Singapura.