Thursday, May 8, 2008

Cubaan Menyingkirkan Ibu Khadijah Sidek!

Pada Oktober 1954, semasa ibu Khadijah Sidek berada di luar negara (Indonesia), satu cubaan untuk memecat beliau telah dilakukan oleh UMNO Bahagian Johor Baharu dengan tuduhan beliau telah membocorkan rahsia parti. Pucuk pimpinan parti telah didesak dan diugut bahawa jika ibu Khadijah Sidek gagal dipecat oleh Majlis Tertinggi UMNO, maka mereka UMNO Bahagian Johor Baharu berserta Perikatan Pemuda UMNO Bahagian UMNO Johor Baharu akan keluar dari UMNO secara beramai-ramai.


Desakan yang dibuat telah tidak mendapat sambutan dari pihak pucuk pimpinanm setelah ibu Khadijah Sidek didapati tidak melakukan sebarang kesalahan yang menyebabkan Setiausaha Agung UMNO pada masa itu, En Yassin Bin Rahman keluar dan berhenti dari UMNO sebagai membuktikan kesungguhan PROTES beliau terhadap tuduhan yang dilemparkan kepada ibu Khadijah Sidek.


Terdapat juga laporan yang mengelirukan yang telah dibuat oleh seorang Professor yang bergelaran Dato' yang mendapat sokongan daripada salah sebuah akhbar Perdana yang menyatakan bahawa semasa Ibu Zain pergi ke Kongress Bahasa di Medan, Indonesia, Ibu Khadijah Sidek seolah-olah mengambil kesempatan untuk menganggat dirinya sebagai Ketua Kaum Ibu UMNO Malaya sedangkan Ibu Khadijah Sidek pada ketika itu ada bersama-sama Ibu Zain ke Kongress tersebut. Gambar Ibu Khadijah Sidek bergambaran bersama-sama Presiden Sukarno, Ibu Fatmawati, Ibu Zain dan peserta-peserta lain jelas kelihatan.


5 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum Pakcik Noor Kamal,

Saya amat tertarik dengan maklumat-maklumat mengenai Ibu Khadijah Sidek. Sebelum ini, tidak berjaya saya mendapat fakta seperti ini selain dari buku terbitan UKM, Memoir Khadijah Sidek. DIharapkan agar pakcik dapat mengeluarkan lebih banyak maklumat dan fakta mengenai Ibu Khadijah Sidek, Wanita Perjuang Tulen dan Sejati Malaya.

sudirmanrosli said...

Sdr Noor Kamal & Hatta.
please cq comment at Mengenai Khadijah Sidek

Unknown said...

semoga allah swt mcucuri rahmat pd arwah ibuku khadijah sidek sptmn allah berikn pd org2 yg drahmati dan dberi nikmatNya

Unknown said...

al-fateha dan selawat+salam

Unknown said...

Salam kepada pembaca juga pengikut blog pakcik sy ini,di mklumkn bhwa mohd nur kemal n mohd hatta bin Hamzah telah pulang ke rahmatullah setahun n 2 tahun yg lalu.untuk trus mndapatkn informasi tntg arwayarhamah nenek sy khadijah sidek bleh la
brhubung trus dgn sy d no 0105371216(panji) n 0172462707 (bakhtiar) spupu sy