Thursday, May 8, 2008

PRU Kebangsaan Yang Pertama pada 27 Julai 1955

Walaupun Ibu Khadijah Sidek merupakan seorang tokoh yang terpenting di dalam barisan tertinggi UMNO, malangnya beliau tidak terpilih bagi mewakili Pergerakan Kaum Ibu UMNO pada Pilihanraya yang terpenting di dalam penebusan martabat maruah bangsa, agama, negara termasuk mengembalikan kedaulatan Raja-raja dan juga Merdeka!.
Namun walaupun kecewa dengan tindak tanduk yang diperlukan ke atas Ibu Khadijah Sidek, beliau tetap meneruskan perjuagan tersebut demi kejayaan bangsa, agama dan negara.
Sungguhpun nama beliau tidak terpilih, beliau tetap merasa bangga diatas keputusan yang diperolehi yang jelas menunjukkan majoriti pengundi-pengundi yang keluar mengundi yang memenangkan piliharaya tersebut adalah datangnya dari kaum Ibu dibawah pimpinan Ibu Khadijah Sidek. Untuk makluman, daripada 52 kerusi dipertandingkan, 51 di menangi oleh Parti Perikatan yang diketuai oleh UMNO dan dari 51 kerusi ini, 70 % pengundi adalah datangnya dari kaum ibu.

Jaminan Kepada Pesuruhanjaya Tinggi British Singapura

Semasa jasa dan tenaga Ibu Khadijah Sidek sangat-sangat bagi tujuan untuk menguatkan dan memperkasakan UMNO di sana, maka Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bersama Tun Dr Ismail, telah mengadakan jaminan berbentuk bond dan jamin diri kepada pihak British bagi tujuan tersebut.
Pada tahun awal 1955, semasa UMNO memperolehi kejayaan dibawah Dato Hamid Jumat berserta Tuan David Marshall selaku Ketua Menteri Singapura yang pertama, Ibu Khadijah Sidek telah dibebaskan dari ikatan Bond dan Jamin Diri sebagai mengenang jasa beliau berikan di Singapura.

Cubaan Menyingkirkan Ibu Khadijah Sidek!

Pada Oktober 1954, semasa ibu Khadijah Sidek berada di luar negara (Indonesia), satu cubaan untuk memecat beliau telah dilakukan oleh UMNO Bahagian Johor Baharu dengan tuduhan beliau telah membocorkan rahsia parti. Pucuk pimpinan parti telah didesak dan diugut bahawa jika ibu Khadijah Sidek gagal dipecat oleh Majlis Tertinggi UMNO, maka mereka UMNO Bahagian Johor Baharu berserta Perikatan Pemuda UMNO Bahagian UMNO Johor Baharu akan keluar dari UMNO secara beramai-ramai.


Desakan yang dibuat telah tidak mendapat sambutan dari pihak pucuk pimpinanm setelah ibu Khadijah Sidek didapati tidak melakukan sebarang kesalahan yang menyebabkan Setiausaha Agung UMNO pada masa itu, En Yassin Bin Rahman keluar dan berhenti dari UMNO sebagai membuktikan kesungguhan PROTES beliau terhadap tuduhan yang dilemparkan kepada ibu Khadijah Sidek.


Terdapat juga laporan yang mengelirukan yang telah dibuat oleh seorang Professor yang bergelaran Dato' yang mendapat sokongan daripada salah sebuah akhbar Perdana yang menyatakan bahawa semasa Ibu Zain pergi ke Kongress Bahasa di Medan, Indonesia, Ibu Khadijah Sidek seolah-olah mengambil kesempatan untuk menganggat dirinya sebagai Ketua Kaum Ibu UMNO Malaya sedangkan Ibu Khadijah Sidek pada ketika itu ada bersama-sama Ibu Zain ke Kongress tersebut. Gambar Ibu Khadijah Sidek bergambaran bersama-sama Presiden Sukarno, Ibu Fatmawati, Ibu Zain dan peserta-peserta lain jelas kelihatan.


Ketua Kaum Ibu UMNO Malaya.

Ibu Khadijah Sidek merupakan wanita pertama yang telah dilantik sebagai Ketua Kaum Ibu UMNO Malaya, Naib Presiden UMNO Malaya yang dilantik oleh suara perwakilan. Pada masa yang sama, beliau juga memegang jawatan selaku Setiausaha Hal Ehwal Kaum Ibu UMNO Malaya dan Pegawai Penerangan Kaum Ibu UMNO Malaya. Untuk makluman, jawatan Ketua Kaum Ibu UMNO Melaya sebelum perlantikan Ibu Khadijah adalah secara perlantikan terus oleh Presiden UMNO.

Perintah Buang Negeri

Ibu Khadijah Sidek telah dikenakan hukuman buang negeri dari Singapura ke Johor Bharu bagi jangka masa selama 10 tahun dan tidak dibenarkan memasuki ke Singapura bagi jangka masa tersebut.Pada tahun 1951, beliau telah menjadi KETUA KAUM IBU SEMENANJUNG. Pada tahun 1953, beliau telah menjadi ahli UMNO setelah meninggalkan parti Melayu Semenanjung dan mula bergerak secara aktif bermula dari Bahagian UMNO Johor Baharu.


Pada September 1953, beliau telah dilantik menjadi Pemangku Ketua Kaum Ibu UMNO Melaya dan menjadi ahli Majlis Tertinggi Wanita yang pertama merangkap Setiausaha Hal Ehwal Kaum Ibu Malaya dan Pegawai Penerangan Kaum Ibu UMNO Melaya setalah beliau dapat membuktikan kebolehannya memikul jawatan-jawatan tersebut dengan jayanya dan tertubuhnya cawangan-cawangan baru Kaum Ibu UMNO sebanyak 96 cawangan dari jumlah asalnya 45 di seleruh Negara dan menjadikan jumlah cawangan sebanyak 144 dalam jangka masa 5 bulan sahaja dari tarikh penglibatannya sejak April hingga September 1953.




Mengenai ibu Khadijah Sidek

Bermula ibu Khadijah Sidek


Mungkin ramai yang tidak mengenali ibu Khadijah Sidek kerana namanya tidak disensasikan seperti yang lain. Ibu Khadijah Sidek dilahirkan pada 15 Disember 1918 di Pariman, Sumatra Barat Indonesia. Ibu memulakan alam persekolahan di HIS (Hollands Inlandsche School) dan menamatkan pengajian pada 1931 sebelum menyambungkan pengajiannya di M.U.L.O dan terpilih ke Menengah Tinggi (Jurusan Kedoktoran). Malangnya beliau terpecat bersama 30 orang rakan-rakannya kerana kegiatan politik dalam Persatuan Pelajar (IM) Indonesia Muda dalam (KBI) Kepanduan Bangsa Indonesia.

Pada 1933, beliau mendapat no 1 daripada 500 pelajar dalam peperiksaan Sekolah Normal Perempuan dan mendapat biasisiwa pemerintah. Pada 1936, beliau dilantik menjadi kepala sekolah Landschap di Kerajaan Langkat, Sumatera Timur serta lulus di dalam ujian akhir. Beliau kemudian terpilih memasuki Latihan Sekolah Guru Tinggi Jepun (Jokyu Sihan Gakoo) dan ditempatkan mengajar di Sekolah Nipon Indonesia disamping menjadi :-


a. Ketua Penerangan Kaum Ibu (Haha No Kai).

b. Ketua Pengerakan Pemudi (Josi Seinandan)

c. Ketua KBI (Kepanduan Bangsa Indonesia)

d. Ketua Palang Merah bahagian Wanita

Ibu di Singapura

Ibu Khadijah Sidek menjadi yang dipertua (HIMWIM) Himpunan Wanita Indonesia Malaya pada 1947 di Singapura.

Ibu di Malaya

Ibu bertemu jodoh di Johor pada tahun 1948 bersama Dr. Hamzah Bin Hj Taib. Semasa beliau hamil anak sulong selama 3 bulan, beliau telah ditahan dan dipenjarakan selama 2 tahun di Singapura diatas tuduhan cuba menjatuhkan kerajaan British. Beliau telah melahirkan anak yang pertama didalam penjara tersebut.

Di Buang Negeri
Setelah menjalani hukuman penjara yang tanpa bicara, beliau telah diarahkan untuk mendapat hukuman buang negeri ke Johor Bharu bagi tempoh 10 tahun dan tidak dibenarkan memasuki Singapura.