Thursday, May 8, 2008

Mengenai ibu Khadijah Sidek

Bermula ibu Khadijah Sidek


Mungkin ramai yang tidak mengenali ibu Khadijah Sidek kerana namanya tidak disensasikan seperti yang lain. Ibu Khadijah Sidek dilahirkan pada 15 Disember 1918 di Pariman, Sumatra Barat Indonesia. Ibu memulakan alam persekolahan di HIS (Hollands Inlandsche School) dan menamatkan pengajian pada 1931 sebelum menyambungkan pengajiannya di M.U.L.O dan terpilih ke Menengah Tinggi (Jurusan Kedoktoran). Malangnya beliau terpecat bersama 30 orang rakan-rakannya kerana kegiatan politik dalam Persatuan Pelajar (IM) Indonesia Muda dalam (KBI) Kepanduan Bangsa Indonesia.

Pada 1933, beliau mendapat no 1 daripada 500 pelajar dalam peperiksaan Sekolah Normal Perempuan dan mendapat biasisiwa pemerintah. Pada 1936, beliau dilantik menjadi kepala sekolah Landschap di Kerajaan Langkat, Sumatera Timur serta lulus di dalam ujian akhir. Beliau kemudian terpilih memasuki Latihan Sekolah Guru Tinggi Jepun (Jokyu Sihan Gakoo) dan ditempatkan mengajar di Sekolah Nipon Indonesia disamping menjadi :-


a. Ketua Penerangan Kaum Ibu (Haha No Kai).

b. Ketua Pengerakan Pemudi (Josi Seinandan)

c. Ketua KBI (Kepanduan Bangsa Indonesia)

d. Ketua Palang Merah bahagian Wanita

Ibu di Singapura

Ibu Khadijah Sidek menjadi yang dipertua (HIMWIM) Himpunan Wanita Indonesia Malaya pada 1947 di Singapura.

Ibu di Malaya

Ibu bertemu jodoh di Johor pada tahun 1948 bersama Dr. Hamzah Bin Hj Taib. Semasa beliau hamil anak sulong selama 3 bulan, beliau telah ditahan dan dipenjarakan selama 2 tahun di Singapura diatas tuduhan cuba menjatuhkan kerajaan British. Beliau telah melahirkan anak yang pertama didalam penjara tersebut.

Di Buang Negeri
Setelah menjalani hukuman penjara yang tanpa bicara, beliau telah diarahkan untuk mendapat hukuman buang negeri ke Johor Bharu bagi tempoh 10 tahun dan tidak dibenarkan memasuki Singapura.

2 comments:

sudirmanrosli said...

Sdr. Nor Kamal & Hatta.

Selain daripada saudara sekeluarga, salah seorang yang dikira amat memahami nasib malang ibu Khadijah Sidek adalah saya sendiri.

Saya banyak mendalami kisahnya, malah pada tahun 1990, saya berusaha menerbitkan kisah ibu secara bersiri dalam majalah Eksklusif di Karangkaraf. Saya juga ada melakukan penyelidikan di Arkib Negara dan mengumpul keratan akbar lama dan gambar-gambar beliau.

Namun siri itu, terencat di tengah jalan kerana saya terpaksa berhenti kerana mahu menamatkan pengajian MA saya.

Bahan-bahan siri itu kemudian saya susun semula dan drafnya saya berikan kepada seseorang (saya lupa siapa) dengan tujuan untuk diterbitkan secara buku. Hal ini ada dalam pengetahuan Hatta atau sudara Kamal (saya lupa mana satu). Malangnya, draf itu hilang entah ke mana.

Baru-baru ini, dengan izin Allah, saya menemui bahan editing asal kisah ibu saudara, dengan banyak foto-foto original dan salinan keratan akhbar lama.

Saya rasa, bahan yang sudah saya terjemahkan dan dipersesuaikan dengan lenggok bahasa dan sastera Melayu,dengan cover kulit yang menarik, amat baik untuk diterbitkan. Saya amat yakin, sekiranya ia diterbitkan, ia dapat menyedarkan banyak pihak akan 'kezalimanan' yang pernah mereka lakukan terhadap insan yang amat berjasa ini, yang turut memberi tangan untuk memerdekakan tiga negara.

Walaupun saya yang menterjemah dan menyusunnya, saya ingin menyerahkan hak ini kepada saudara kerana ia adalah milik saudara adik-beradik semuanya.Terserahlah kepada saudara untuk meletakkan peranan saya di baris mana.

Saya ingin menyertai saudara dalam perjuangan 'Justice For Ibu Khadijah Sidek' kerana beliau adalah pejuang imansipasi wanita Melayu sebenar selepas Dato Onn meninggalkan UMNO. Beliaulah orangnya yang berjaya membangkitkan kesedaran wanita Melayu khasnya dan orang Melayu amnya, dalam perjuangan menuntut kemerdekaan.

Hairannya, kenapa terlalu ramai orang yang sengaja melupakan sejarah dan sengaja melupakan jasa dan pengorbanannya.

Khadijah Sidek, ketokohan dan kehebatnnya adalah jauh mengatasi Ibu Zain, Putih Maria mahupun Fatimah Hashim sekalipun. Datuk Najib dan pemimpin negara kini, 'wajar' memulihkan namanya dan meletakkan dirinya sebaris degan tokoh-tokoh besar negara.

Cuma harapan saya, perjuangan ini biarlah bersandarkan prinsip dan jangan sesekali bertolak dari latar perjuangan parti politik yang terlalu berkecamuk kini.

Khadijah Sidek adalah mewakili kepentingan orang Melayu dan bukan UMNO, PAS atau Keadilan.

Allahyarham Ibu saya adalah salah seorang anak didik Ibu Khadijah dalam Putri Kesatria di Bukit Tinggi Indonesia.

Hubungi saya di anugerahilmu@yahoo.com atau layari blog saya sudirmanrosli.blogspot.com.

jauh said...

cucu cucunya saya kenal semua . isteri saya pun cucunya.